Translate

Sabtu, 16 Julai 2022

Act 1 Chapter 1

 Act 1- Chapter 1(Calamity)

   Matahari pagi menyengat mukaku, Aku bangkit dari tempat tidurku. Mengemasnya kemudian berlalu ingin membersihkan diri. Aku jalan menuruni tangga menuju ruang makan. Dilihatku telah terhidang makanan diatas meja. Aku mendekat dan mendapati terdapat sepucuk surat disebelah pingganku, aku mengambil dan membacanya. "Ace, ibu dan ayah keluar ke hutan dibelakang rumah untuk mencari herba agar dapat dijual dipasar. Ibu dah sediakan makanan, lepas makan Ace tolong bantu pakcik di dusunnya." Baca Ace didalam hati. 

   Selesai makan, Ace melaksanakan tugasan yang diberi ibunya, Dia keluar menuju dusun pakciknya. Disepanjang jalan, Ace disapa dengan ramah oleh penduduk. Setibanya di dusun, Ace menjengok sekeliling, dalam hati Ace tertanya-tanya akan keberadaan pakciknya. "Tidak pula terlihat kelibat Pakcik, Pakcik tak ada ke?" Bertanya Ace didalam hati. Belum sempat Ace melangkah maju, terdengar dentuman keras diikuti guncangan yang sangat kuat. Ace terjatuh dari pijakannya menyebabkan dia kehilangan kesadaran. Seketika membuka mata, Ace mendapati bahawa dirinya ditutupi tanah dan hari telah berganti malam. 

   Dia bangun membersihkan tubuh sambil memegang kepalanya,"Agh! Apa yang terjadi?" Bertanya Ace sendiri kebingungan. Ace lalu berdiri berkeinginan untuk pulang, Setibanya dipintu gerbang kampung halamannya. Dia mendapati sesosok tubuh diantara kerumunan penduduk, Ace mendekat untuk mengetahui apa yang telah terjadi. Ace dengan tubuh mungilnya lincah menelusuri kerumunan sehingga berada di baris depan. Ketika melihat sosok tubuh tersebut, Ace terkejut."Hah?! Pakcik!!" Ace melihat bahawa pakciknya berada dalam keadaan didakap ayahnya beserta ibu yang berada disisinya ayah. "Ap..Apa yang terjadi ayah?!" Bertanya Ace kebingungan. Ayah hanya melihat sekilas ace lalu memandang semula muka adiknya itu. Air mata kedua orang tua Ace membanjiri pipi, Ayah ace kemudian membawa jasad adiknya untuk diserahkan ke pihak gereja untuk proses pemakaman. 

   Ibu lalu menarik tangan Ace agar Ace pulang ke rumah bersamanya. Setibanya dirumah, Ibunya memberi sepucuk surat yang katanya dari Pakciknya. Ace mengambil surat itu lalu menaiki tangga menuju biliknya, Ace membuka surat tersebut. "Jika Ace sedang membaca surat ini, Pakcik mungkin dah tiada. Ace kena ingat ini betul-betul!! Pakcik telah ditandai dengan sebuah kutukan. Pakcik ingin memberi tahu pada Trace tapi Pakcik tak sanggup buat dia sedih. Pakcik telah jalankan sebuah kajian untuk membuat penawar bagi kutukan pakcik. Pakcik mendapati bahawa kutukan ini dapat merebak melalui sentuhan, Ace kena cari penawar yang tersenarai agar Trace,abang pakcik juga ayah Ace tidak berakhir seperti pakcik. Yang terhormat,Hurt." Ace membaca surat tersebut dalam keadaan sebak. 

   Seusai membaca surat tersebut Ace mengetahui bahawa kutukan tersebut telah beralih ke tubuh ayahnya. Tanpa berpikir panjang, Ace ingin bergegas mencari penawar untuk ayahnya. Ketika dia berdiri dari tempat tidurnya, dia merasa pening yang teramat sehingga memyebabkan dia jatuh pingsan di lantai.

   Dialam yang lain terdapat sebuah meja bundar dengan dikelilingi 12 kerusi dengan 1 kerusia berlambangkan mahkota naga. Seketika pintu rungan terbuka, 13 sosok asing memasuki ruangan. Mereka duduk di kerusi masing-masing. Salah seorang dari mereka memulakan perbicaraan. "Penduduk Benua Traju telah mengalami penurunan yang sangat signifikan, Kita perlu mengambil tindakan!" Perkataan itu lalu disahut oleh sosok yang lain,"Sebagai 13 Dewa agong kita perlu menghakimi mereka!" Setelah mereka berdebat antara satu sama lain, sosok yang duduk di kerusia mahkota naga mengangkat tangannya lalu muncul sebuah titah. "BENUA TRAJU HARUS DIJATUHI HUKUMAN!!" Seisi ruangan menjadi sepi, mereka semua setuju dengan pernyataan tersebut. Mereka lalu menghulur tangan mereka ke atas meja lalu terjadilah bencana di Benua Traju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Act 1 Chapter 4

 Act 1 Chapter 4(Death Battle Begin) Setelah beberapa ketika mencari-cari tombol yang dapat membuka pintu tersebut, Ace akhirnya menyerah. S...